29 May 2013

periksa

sebelum masuk first station OSCE semalam dah ketar-ketar lutut. bila dah baca soalan dia, ketar-ketar tangan nak tulis jawapan. part praktikal, sampai ada steps yang tertinggal. takutnya, ya amat.

itu baru nak jawab soalan periksa kat dunia. soalan periksa dalam kubur nanti, macam mana? walaupun dah dapat soalan bocor, tak tahu lagi boleh jawab dengan bergaya atau tak.

Allahu~

25 May 2013

hati

carilah hatimu di 3 tempat. carilah hatimu ketika membaca al-quran. sekiranya tidak kamu temui ketika itu, maka carilah ketika solat. sekiranya tidak kamu temui, maka carilah ketika sedang duduk bertafakur memgingati mati. sekiranya masih tidak kamu temui, maka pintalah drpd Allah hati yg baru krn ketika itu hati kamu sudah mati. -- imam al-ghazali

* * *

mahu nangis sekuat-kuatnya.

21 May 2013

21052013

aku sayang hang banyak-banyak. serius!

cuma aku malu nak cakap berdepan.

19 May 2013

suntuk


bila dah suntuk, barulah dirasa betapa terhenyaknya diri dengan waktu.

--

kak I kata, tak sempatnya kita buat semua kerja yg diamanahkan tu pasal management diri sendiri yg tak bagus. lagi, dia pesan kurangkan tidur. alahai, payahnya bab ni. =..=''

15 May 2013

patient :)

Hampir setahun praktikal kat Klinik Audiologi HUSM. Banyak kes dah pernah jumpa (tinggal ingat atau tak je). Klinik minggu ni antara yang best, walaupun hanya jadi assistant ja.

--

Seorang patient ni, umur 6 tahun tapi ada global developmental delay. Means perkembangan mental, fizikal, pertuturan dia tak sama dengan budak-budak sebaya. Patient ni memang belum ada bahasa - secara reseptif & ekspresif. Pendengaran dia pun tak dapat dipastikan kat tahap mana. Lagi-lagi haritu tak dapat completekan test pun.

Mak patient ni, sangat tabah. Walaupun anak dia macam tu, aku dapat nampak betapa dia sayang kat anak dia. Biarlah budak tu tak faham apa yang dia cakap, terus jugak dia rangsang anak dia dengan bunyi-bunyi pertuturan. Ni aku tengok dengan mata-kepala aku sendiri. Dipuji-puji anak tu -- Kis ni comel la, pandai la Kis ni, baik la Kis ni. Yang si anak ni, bila dengar macam tu, jadi diam (dia merengek-rengek sebelum tu). Aku yg mendengar, senyum -- mak cik saya nak jadi macam mak cik. 

Akhir klinik hari tu, mak patient tu cakap dia suka datang klinik. Sebab dia tahu kami buat yang terbaik untuk anak dia. Tak kisahlah walau kena datang setiap bulan, asal dia dapat tahu perkembangan anak dia. Seriously, aku kagum dengan mak cik ni. :)

--

Seorang lagi patient, umur 6 bulan. Datang untuk buat ujian auditory brainstem response, senang panggil ujian tidur. Aku dah pernah handle baby ni untuk ujian sebelum ni. Tapi masa dulu dia tak nak sangat dengan aku. Tengah-tengah buat test dia menangis. Gila gelabah masa tu.

Yang best sekarang dia dah nak dengan aku. Siap tegur-tegur gitu. Aku nak dukung pun dia ikut ja. Ingat senang ke baby nak ikut aku? Tapi baby ni sampai habis test (2 jam kot!) pun dia nak main dengan aku lagi.  Tertanya-tanya -- am I that adorable to babies? Poyo dooh bunyi dia. Haha. 

Rasa rindu pulak kat baby tu. Terbau-bau lagi bau dia. Baby wangi kan? :)

--

Tinggal lagi 2 kali klinikal practice sebelum sem ni habis. Fuhh! And I really have to develop that clinical skills that all the clinicians expected me to! In shaa Allah. Rabbi yassir wala tu'assir.

14 May 2013

lambat lagi

semalam --

kak L: bila tabung nak penuh?
aku: eh, acane akak tau kita ada tabung tu?
kak L: adalah.
aku: err..

hari ni --

kak L: tabung dah penuh?
aku: ehehe..lambat lagi nak penuh.

12 May 2013

lame

hari ni jejak kaki ke klinik gigi buat pertama kali, lepas setahun. still kat poliklinik c. cuma bukan lagi kat c16, tapi c14. kalau dulu dgn 'panjang', sekarang dgn 'mainan'. ok, banyak dah berubah.

***

test tadi sangat teruk! apa yg aku jawab pun tak tahu lah. disaster gila. T.T lepas hantar kertas jawapan rasa macam nak duduk kat ceruk kelas & nangis puas-puas.

10 May 2013

twenty questions friday

ok, jumaat malam. malas. malas. malasnya nak study (padahal test ahad ni ja)! study sikit, rehatnya banyak. ni sambil-sambil rehat kejap rajin pulak jawab tag questions jumpa kat tumblr tadi. 

1. What are you excited for?
belajar motor. dah nak masuk jam ke-5. bukan apa pun, excited pasal dah beli helmet sendiri. lame tak? haha
2.What happened tonight?
err..check gigi kat kafe? haha
3. Is confidence cute?
ye ke? kena confident selalu la gini, nak nampak kiut. haha.
4.What is the last beverage you had?
oi oi..tak ingat dah, short term memory lost.
5. What are you gonna do Saturday night?
study, of cause (bajet rajin)! 
6. What are you going to spend money on next?
tadi ja dah keluar banyak. next? mp3 kot.
7.Who do you feel most comfortable talking to about anything?
acik - my adik.
8. Are your eyes the same color as your Dad’s?
yes, i think.
9. What do you want right this second?
playlist ni tak asyik stuck. =..=''
10. Who called you last?
senior dental yg nak mintak aku jadi patient dia utk buat rct.
11. Do you sing in the shower?
yup. walaupun tahu suara tak sedap, nak jugak.
12. Favorite type of fruit pie?
alaa..tak pernah makan fruit pie lagi la selama hidup ni. =.=''
13.Occupations you wanted to be when you were a kid?
cikgu & polis. i'm a normal kid. normal kids would list these as their ambitions kan?
14.Is there a profession you picture your future spouse doing?
atlet. basketball. whoa!!
15. What is your favorite book?
dunia ini sederhana kecil. doa utk aku. cover dia serius macam cover buku cerita kanak-kanak. tapi cerita dia banyak sangat input boleh buat pengajaran. terbaek!
16.Who would you like to see in concert?
hujan band! surely diorang kena perform kotak hati first. <3
17. Biggest Turn on?
setakat ni belum ada yg biggest lagi. yg big pun masa anwar hadi datang kampus ja.
18. What do you like in a guy?
err..kening yg tebal. haha. boleh ke?
19. What’s your favorite part of your house aside from your room?
dapur - banyak makanan. :p
20. Favorite place to unwind?
pantai. padang. tempat yg banyak angin la senang kata. :)

8 May 2013

3 kejadian dalam minggu ni yg buat cecair jernih hampir keluar dari lacrimal duct aku

1 -- tertinggal handphone masa hari mengundi T.T

astagfirullah. istigfar panjang kot aku masa sedar yg aku tertinggal handphone kat rumah. macam mana nak tangkap gambar bukti aku keluar mengundi for the first time ni? terpaksalah tunggu lagi 5 tahun. T.T utk tahun ni, just ada gambar yg dicapture lepas balik rumah. :(

2 -- masa memangkah calon yg aku pangkah

seriously, tak tergambar apa yg aku rasa. even masa nak semak saluran mengundi pun dah rasa nervous-takut-ketaq semua. masa nak memangkah calon tu lagi la, dengan takut undi rosaknya pasal dakwat yg dicalit tak kering-kering. bergenang air mata. harapnya calon pilihan aku tu (yg dah menang pun) dapat jalankan amanah dgn baik.

3 -- ditembak dengan soalan-soalan yg unexpected masa case presentation T.T

yg ni memang keluar air mata betul, bukan bergenang lagi dah. cuma tak teruk sangat la. ada jugak soalan-soalan yg aku dah prepare jawapan dia yg ditanya. tapi ada pulak soalan-soalan yg tiba-tiba Dr. ada idea nak tanya. menggelabah! overall, case presentation sem ni was better than sem lepas. alhamdulillah. :) mampu senyum akhirnya.

next, preparing for more, more & more things to come. yosh!

7 May 2013

pasca perang

aku
manusia kerdil
ilmu dangkal
tak mahu bicara apa.