Showing posts with label myLIFE. Show all posts
Showing posts with label myLIFE. Show all posts

19 November 2016

Things I regret

Tahun ke-25. Suku abad. So should I list 25 things I regret? Lels. Takde banyak tu la.

1. Aku patut put more effort in sports back then masa aku sekolah.

2. Aku tak patut tipu bestfriend aku & mak dia yg aku tak dapat offer sekolah asrama

3. Aku tak patut bagitau mamat satu sekolah rendah tu aku suka dia

4. Aku patut biar je kawan sekelas aku tumpang kat rumah lepas habis kelas pagi

5. Aku tak patut terima someone to be my special someone disebabkan rasa kesian

6. Aku tak patut resigned before dapat kerja lain

Orang cakap dalam umur 20-an ni la zaman nak bina diri, bina keluarga, bina aset. Tapi aku, takde apa lagi yg terbina. Hidup sendiri kucar-kacir, mana nak bina keluarga apatah lagi nak bina aset.

Aku tau aku tak fikir habis betul before buat something, that's why ada banyak benda yg aku regret. Sekarang aku try to get back into life. Doakan.

30 November 2015

Karangan SPM sempena sebulan selepas HUJAN 10 TAHUN

Ini karangan SPM tapi ceritanya berkisar zaman lepas aku SPM. Aku kenal Hujan dengan Bila Aku Sudah Tiada, masa tu hujung 2008. Aku suka lirik lagu-lagu Hujan & suara Noh. Aku simpan lirik lagu-lagu Hujan yg aku tau tapi aku tak pernah tau muka-muka di sebalik Hujan. Aku introduced Hujan kat acik, start dari situ kami kuat layan indie (zaman tu indie tengah up).

Minat aku dengan indie tak sampai tahap join gig, konsert, cukup layan kat radio tv je. Tapi teringin tu ada la, yg tak dapat sebab aku duduk kampung, tak tau & takde bajet. Sekarang dah kerja, kat KL pulak nampak ada la chance nak join kan? That’s why aku nak sangat pergi konsert #hujan10tahun.

Significantnya #hujan10tahun pd aku—

1.  Tengok Hujan perform live depan muka depan mata is one of my dreamwish
2. #hujan10tahun ni reward aku untuk diri sendiri sempena setahun bergelar career girl (cewwah!)

So gigih la aku nak merealisasikan hajat yg bagi aku memang payah nak capai kalau aku takde kat KL ni. Journey ke arah #hujan10tahun aku start dengan—

1. Tiket – tengah september aku dapat tau pasal #hujan10tahun ni, mana nak beli lagi sebab belum gaji. Risau gila tiket habis tak sempat beli, dah la nak beli 2. Nampak tak gigihnya tu, siap sponsor tiket acik semata-mata nak dia teman (takkan aku nak pergi konsert sorang-sorang pulak kan?). Dapat je gaji terus online beli tiket kat galatix.asia. *excited gila!*
2. KL Live – wei KL ni! Aku mana la biasa area KL, so search kat google maps mana tempat ni. Okay boleh sampai sana dengan public transport. *lega* Sekali lagi gigihnya aku tengahari rembang balik kerja pergi survey tempat. Salak Selatan – Hang Tuah – Raja Chulan, lepas tu jalan kaki 7 minit sampai KL Live. Dah tau tempat, tak sabar tunggu hari kejadian. :D
3. Mat Luthfi – hari kejadian awal gila aku & acik sampai, pukul 2 lebih dah terpacak kat KL Live tapi ada yg lagi awal rupanya. Haha. 2 jam jugak la nak tunggu dapat masuk. Unexpectednya Mat Luthfi pon datang wei! Acik kata aku menggelupur masa nampak Mat, hiperbola je dia tapi..hmmm maybe. Rezeki kami antara yg beratur kat depan dapat masuk awal & dapat port depan stage. Okay, kat dalam aku sempat lambai hai kat Mat walaupun dia duduk tempat VVIP (dia lambai balik kot!). 
4. #hujan10tahun – aku cakap kat acik aku nak enjoy Hujan, takde masa nak selfie ke snap gambar Hujan ke apa tapi at last ada jugak la sekeping dua gambar buat kenangan. Entah berapa lagu Hujan bawak haritu & banyak jugak lagu yg aku tak tau & tak boleh nak sing along, tapi yg penting ada Kotak Hati. : ) Memang enjoy sepanjang masa tu kecuali time kena mosh dengan Raingers. Wei gila wei! Mosh tu apa kebenda pon aku tak tau, tau-tau je kena. Gagahkan je tahan sampai habis concert.
5. Meet & greet – aku & acik asalnya tak nak tunggu sebab aku ada janji dengan kawan so kami keluar masa Hujan break solat maghrib. Sempat la rembat t-shirt Hujan sorang satu. Tapi kami masuk balik lepas kawan aku cancel plan. Gigih kami beratur tunggu turn meet & greet, dapatlah signature semua ahli Hujan & bergambar dgn Noh. Acik pulak tercapai hajat bergambar dengan AG.

Dalam enjoy ber-Hujan harini ada la benda okay & tak okaynya—

Things I like, solat is the priority. Start lepas asar & break time maghrib. Terbaik! Satu lagi, semangat Raingers. I won’t admit I’m a Rainger (malu sebab banyak pasal & lagu Hujan yg aku tak tau) tapi salute sungguh dengan diorang, siap buat TIFO sebesar alam tu! Aku menyumbang tolong tarik ke depan je. Haha. Things I don’t like satu je-- MOSH. Malas nak cerita tapi benda ni gila wei! Noh cakap ini normal dlm konsert rock. Okay, sumpah aku tak join konsert rock dah lepas ni.

Overall #hujan10tahun memang gempak. Terima kasih, terima kasih & terima kasih Hujan for the great performances. All the best for years to come. Keep making great music. This not-so-Raingers girl here will always support you guys.

Okay dah sebulan, aku dah moved on. (",)v 

10 June 2015

Of 6 Months Here in PENT

Aku start kempen kerja after grad betul-betul sehari lepas konvo. Gila koboi konvo aku! Tak merasa nak photoshoot. Sadis!

The first workplace aku is Perfect ENT Hearing & Speech Centre, as an audiologist. The only company yg panggil untuk iv (aku apply kat 3 companies) & alhamdulillah rezeki kat sini. Masa iv aku pilih posting kat Kuantan memandangkan branches lain dah ada orang pilih tapi belum habis training, GM offered aku posting kat HQ Cheras since tetiba ada kekosongan. Katanya dekat sikit dgn kampung, senang nak balik. Aku on je walaupun asalnya prinsip aku tak nak kerja kat KL. Haha! Cukup 6 bulan, sekarang aku permanent audiologist kat sini.

Apa yg aku dah lalu sepanjang 6 bulan ni? 

-- Being transferred to other branch.
Sebulan kerja, GM transfer aku ke Bangi Branch. Temporarily cover sana sementara tunggu audiologist baru. Merasa la 2 bulan lebih kerja sampai 9 malam. Fuhh! After Wanie masuk aku balik Cheras balik. Yay!! 

-- Dealing with government's audiologist.
The nature of kerja dengan private hearing aids company. Kena hadap audiologist government kalau boleh sampai kau jadi besties dia! Tapi aku, takde makna la. Cukup aku buat kerja aku, diorang buat kerja diorang. Sepanjang kat Bangi aku cover Hospital Putrajaya & Hospital Serdang. Audiologist Putrajaya perghhh serius banyak permintaan. Semua nak cepat & expectation tinggi melangit. Audiologist Serdang better. :) Kat Cheras pon aku cover 2 hospital je setakat ni: Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Senior audiologist HRC sangat strict, audiologists PPUKM kurang mesra lagi-lagi aku malas tunjuk muka. Haha.

-- Patients yg macam-macam perangai.
Ini yg paling tak boleh tahan sepanjang kerja. Ada yg suka marah-marah mengamuk. Ada yg kejap-kejap call, datang tanya bila dapat alat. Ada yg dah order alat then cancel. Ada yg barang dah siap tapi tetiba taknak & taknak bayar. Tapi ada jugak yg baik, ramah sampai rasa macam dah kenal lama.

Sebenarnya aku nak masuk government tapi dengar-dengarnya post kena freeze. Kena tunggu & bertahan kat sini je la gayanya. Sambil-sambil tu kita cari pengalaman. :)

Ayuh, bertabah & berusaha!

2 March 2014

the doctor i know for a while now :)

dialog harini --

aku: Dr., Dr. S tu baik ea?
Dr. A: oh, dia lagi baik dr saya.

ok, aku admit Dr. A boleh tahan baik tapi tak sangka dia sendiri akan admit dia baik. haha.

aku: Dr., susah la. saya pun susah nak dapatkan consent parents.
Dr. A: you try mintak tolong Dr. S, masa dia attend patient tu boleh mintak dia cakapkan kat parents. kalau doktor yg cakap, susah sikit la parents nak refuse. you try la cakap dgn dia.
aku: oh, ok.

seriously, tak sangka Dr. A akan cakap macam ni. tak sangka dia nak tolong, walaupun setakat bagi idea ja. :)

sebenarnya, lepas cakap dgn Dr. A rasa macam lega sikit. tak rasa burden yg ter-sangat dah la. and dah rasa macam kawan-kawan pulak dgn Dr. haha. tapi ok what, kitorang akan kerja sama-sama for these 2 months ahead apa. :D

22 February 2014

dua-puluh-tiga

setelah seminggu berusia 23 tahun, baru teringin nak tulis kat sini.

hari ke-15 bulan februari yg lepas, mungkin adalah hari terakhir aku dengar taylor swift's 22. since i'm no longer 22 on the 16th. haha.

tak ramai yg wish utk yg ke-23 ni. bagus jugak, sebab kalau dapat banyak sangat wish jadi tak tahu nak respon macam mana lagi dah. dalam FB sengaja aku private-kan birthday, kononnya nak tengok siapa-siapa ja yg betul-betul ingat tarikh tu. poyo kan!

rasanya, yg ke-23 ni yg paling mengingatkan--

aku makin dekat dgn MATI.

22 tahun dah aku kumpul dosa
22 tahun tu pahala banyak mana?
hari-hari yg ada ni sempat lagi tak nak tanam benih utk akhirat?

TT.TT

moga bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amal.

oh ya, utk yg ke-23 ni aku harap--

aku, the one who decides
positive walau negative.

8 November 2013

ini semua kerana HLOVATE!

bukak tumblr. scroll, scroll, scroll -- hlovate. scroll, scroll lagi -- hlovate lagi. apakah? agaknya badi hlovate tak, lepas aku menghabiskan 5 tahun 5 bulan? heh.

sebenarnya aku tak berapa sihat ni -- demam lepas kena hujan 2 hari lepas. sadisnya lagi bila demam-demam cenggini kena balik uni dah. tak dapat nak bermanja dengan mak di kala demam. bila dah jauh & tak dapat merasa layanan istimewa ni, nak cepat sihat je la. untung jugak aku khatamkan 5 tahun 5 bulan tu. gunapakai la tips si Jo masa nak sihatkan Along. alhamdulillah, dah ok sikit rasa badan ni. :)

ehem. dalam demam-demam ni pun, sempat lagi aku tidur-mimpi -- mimpi yg tak masuk akal pulak tu! ada ke patut mimpi pasal co-researcher aku. yg mengarutnya mimpi aku tu kata beliau ex-Saujana! erkk! mentang-mentang pernah lecture sekali dengan the real ex-Saujana -- Dr. Faizul, nak lagi! penangan demam. heh.

dan ya, aku sangat-sangat mahu dapatkan Anthem - Hlovate!

29 September 2013

fourth year!


bismillah. moga dipermudah segalanya.

mari mencipta kenangan utk tahun akhir di bumi USMKK. :)

15 September 2013

internship

done my internship selama sebulan! alhamdulillah. :) kembali ke kelantan for another 1 year to go. yosh! so here are some random things sekitar internship to be kept as memories of days in my life.

tempat tinggal sepanjang internship

kolej 17, UPM. ini first time aku sampai uni lain. selama ni terperuk kat USMKK je. heh. kat sini macam apartment, 1 rumah ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku sebilik dengan E tapi memandangkan kami bertiga, I terpaksa join sebilik dengan kami. pasal dia tak nak duduk sebilik dengan student medic UPM, lagipun bilik yg dia dapat tu jauh dari kami. takpe la, orang kata the more the merrier kan?

asalnya kami dapat bilik first floor tapi last week kat sana kena pindah bilik ground floor pulak! padahal pengurusan asrama sendiri kata kami boleh stay sampai habis practical kat bilik asal. malas nak banyak hal, kami pindah je la. tapi serius, aku sangat susah nak adapt kat bilik baru tu. siap nangis bagai! mujur seminggu ja.

practical site

Unit Audiologi, Jabatan ORL, Hospital Serdang. kami bertiga second batch USM yg practical kat sini. sangat la gerun first day masuk tu. mana taknya, budak first batch cerita benda-benda yg tak best je. tambah-tambah dia cerita yg supervisor sangat garang! but it turned out to be pretty awesome to be an intern here! pn. S & pn A dua-dua pun sangat baik.

kat sini memang banyak beza dengan HUSM. klinik luas. bilik asing-asing. ada 4 bilik testing - bilik adult, peads, aural rehab & electrophysiology. testing wise pun beza jugak. banyak la benda baru belajar sampai rasa kekok nak start klinik kat HUSM selasa ni.

leisure hujung minggu

2 tempat je yg sempat & mampu singgah - midvalley & the mines. pergi mid haritu pun sebab jumaat minggu tu habis klinik awal. masa tu budak-budak first batch ada lagi, seronok la jalan ramai-ramai. tinggal bertiga pergi mines je la. sempat jugak la tengok movie - the purge kat mines.

seminggu sebelum habis practical, acik datang serdang. jumpa kat mines. bukan buat apa pun - makan, sembang-sembang & pusing mines tu je. tapi puas hati jugak la dapat jumpa adik kan. :)

masa internship memang banyak enjoy. sekarang dah start sem baru (padahal lewat seminggu dari orang lain) kena tukar mode study & research. ganbatte! moga Allah permudahkan, amiin~

13 July 2013

random #4

hujung bulan jun, lepas habis exam -- damansara

attending one hearing & speech company punya training & sony products launching. everything is sponsored -- except dinner. transport -- bas USM, penginapan -- hotel royal bintang damansara, recreation -- ice skating kat hotel royal bintang. memang agak mewah kan, for a new company. & of cause kami yg dahagakan ilmu ni *bak kata Dr. N* sangat enjoy sepanjang kat sana. thank you one hearing & speech. lain kali boleh invite kami lagi! :)

now -- USM

will be attending holiday intensive program for 2 weeks! tapi balik sini seminggu awal dr yg dirancang, pasal ada dental appointment. so, i'll be fasting here for 3 weeks!! tahun lepas sebulan penuh puasa kat rumah -- dengan mak & dada. tapi tahun ni.. :( oh ya, harini dah dapat jadual utk 2 minggu ni. boleh tahan jugaklah -- every morning will be lectures!! takpe lah, kata nak belajar kan? & as soon as the class starts, hari-hari utk balik rumah pun akan berkurang. tak sabarnya nak balik rumah -- puasa dengan mak & dada, since acik puasa kat poli. looking forward to it!! ^ ^

16 June 2013

yang aku rindukan

balik sekolah abah ambil, naik motor rxz.
lepak kat tempat kerja abah. 
abah belanja air kotak dutch lady perisa coklat.
hujung minggu berkelah kat empang.
naik lori ramai-ramai, duduk kat belakang.

itu, semua cerita semasa kecil.

sekarang dah besar panjang, tak dapat dah buat semua ni. lagi-lagi dlm keadaan sekarang.

how i wish nothing changed. 

ah, tak kisahlah. life has to go on. yg penting sayang ni tak pernah berubah.

abah, akak rindu sangat. akak sayang abah.
selamat hari bapa :)

14 May 2013

lambat lagi

semalam --

kak L: bila tabung nak penuh?
aku: eh, acane akak tau kita ada tabung tu?
kak L: adalah.
aku: err..

hari ni --

kak L: tabung dah penuh?
aku: ehehe..lambat lagi nak penuh.

12 May 2013

lame

hari ni jejak kaki ke klinik gigi buat pertama kali, lepas setahun. still kat poliklinik c. cuma bukan lagi kat c16, tapi c14. kalau dulu dgn 'panjang', sekarang dgn 'mainan'. ok, banyak dah berubah.

***

test tadi sangat teruk! apa yg aku jawab pun tak tahu lah. disaster gila. T.T lepas hantar kertas jawapan rasa macam nak duduk kat ceruk kelas & nangis puas-puas.

8 May 2013

3 kejadian dalam minggu ni yg buat cecair jernih hampir keluar dari lacrimal duct aku

1 -- tertinggal handphone masa hari mengundi T.T

astagfirullah. istigfar panjang kot aku masa sedar yg aku tertinggal handphone kat rumah. macam mana nak tangkap gambar bukti aku keluar mengundi for the first time ni? terpaksalah tunggu lagi 5 tahun. T.T utk tahun ni, just ada gambar yg dicapture lepas balik rumah. :(

2 -- masa memangkah calon yg aku pangkah

seriously, tak tergambar apa yg aku rasa. even masa nak semak saluran mengundi pun dah rasa nervous-takut-ketaq semua. masa nak memangkah calon tu lagi la, dengan takut undi rosaknya pasal dakwat yg dicalit tak kering-kering. bergenang air mata. harapnya calon pilihan aku tu (yg dah menang pun) dapat jalankan amanah dgn baik.

3 -- ditembak dengan soalan-soalan yg unexpected masa case presentation T.T

yg ni memang keluar air mata betul, bukan bergenang lagi dah. cuma tak teruk sangat la. ada jugak soalan-soalan yg aku dah prepare jawapan dia yg ditanya. tapi ada pulak soalan-soalan yg tiba-tiba Dr. ada idea nak tanya. menggelabah! overall, case presentation sem ni was better than sem lepas. alhamdulillah. :) mampu senyum akhirnya.

next, preparing for more, more & more things to come. yosh!

29 April 2013

sebelum balik..


minggu lepas tak senang duduk pasal fikirkan clinical quiz & case presentation. mana taknya, dengan tak study satu hapa pun. case pun takde. tapi itu minggu lepas la.

semalam: dapat tahu clinical quiz postponed 
harini: dapat tahu aku dalam second group utk case presentation 

Allah. bila Dia kata jadi, maka jadilah.

daripada rasa tak cukup masa nak study & cari case, nah! sekarang dah free sikit. alhamdulillah la slide presentation dah siap.

taaapiiiiii..

walaupun diberi kelapangan ni, bukan bermakna boleh rileks macam takde apa-apa yg bakal jadi. still kena study. esok klinik, patient fitted with hearing aid. mencabar!

#honestly, lama dah tak jengah nota-nota kuliah. print saja, tak baca. adeh. =.=

1 April 2013

nota kecil #4

kerana kau memaksakan aku kpd dia,
jadi rasa itu bukan lagi namanya ikhlas,
bila di dalamnya ada keterpaksaan.

+++++

annoyed by your ''simple problem solved''. come on, that WAS a problem but it was not simple!

urghhh. can i just say ''hey, shut up!''?

21 March 2013

effect hibernasi T.T


makin lama rasa makin jauh. program, majlis ilmu tak tahu pun bila. even yg under akademik & kebajikan sendiri pun tak tahu. tahu-tahu, sedar-sedar dah lepas.

futur sangat agaknya. pasal lama sangat berhibernasi. T.T

#kadang-kadang lebih baik dipergunakan. baru tahu diri wujud.

11 March 2013

random #3

#1 - pagi, clinic ORL HUSM

prof d: hah, awak pulak buat weber test (sambil hulur tuning fork)

aku: err..err.. (dengan muka tak rela & nervous habis condust test)

prof d: ok, what's the meaning kalau lateralized to that ear?

aku: err..err.. (dengan muka blur pasal tiba-tiba kena soal)

clinical-mates: conductive hearing loss

prof d: haish..biarlah r***** jawab. so?

aku: aiseh, prof tahu pulak nama aku (cakap dalam hati sambil tutup nama kat kad matrik)

prof d: hah, kenapa? awak bukan r*****?

aku: eh, saya r***** la (sambil sengih macam kerang busuk tak tahu nak jawab soalan) =.=

#study doh male tadi, bakpo tokleh jawabnyo? T.T

#2 - petang, mesej dr syahirah

s: akak free malam ni lepas isyak?

aku: in shaa Allah free. kenapa?

s: ingat nak ajak pergi beli hadiah : )

aku: akak tak pandai la bab hadiah-hadiah ni, tapi in shaa Allah boleh. nak pergi beli kat mana? kita berdua je ke? (konon-konon nak reply macam ni tapi tak sempat)

s: akak, sorry. malam ni kita ada usrah. lain kali la kita pergi ye? sorry.

#alhamdulillah. aku segan jugak sebenarnya nak keluar dengan adik-adik ohsem ni. :p


26 February 2013

random #2

betullah Allah sebut 'sesungguhnya setiap kesusahan, ada kemudahan'. tak macam minggu lepas (sangat down disebabkan perkara-perkara jadi tak seperti yg diinginkan), minggu ni sangat heaven! randomly..

1. baru start sem 2 minggu dah ada replacement class - counseling for special population. first day masuk kelas, tengok muka lecturer macam garang. macam cuak la kan, dah la lambat. tapi encik J ok je. ^ ^ kelas dia tak boring sangat. lebih kpd kelas motivasi diri sebenarnya kelas dia. dah katanya dia kaunselor. UTP kot (!).

2. aku sebenarnya tak minat sangat motivasi. mindset dah tu. masuk kelas pun macam badan tanpa jiwa je. susah jugak nak adapt dlm kelas tu. dah la kena introduce diri termasuk sebab apa pilih course audiologi, practical bercerita dgn partner & jadi kaunselor dlm group counseling session. =.=''

3. lepas kelas kaunseling rushing ke klinik. hantar report minggu lepas. yg heavennya supervisor bagitahu minggu ni dia takde sebab kursus. maknanya minggu ni aku free dr klinik! ya Allah. rasa macam 'err serious?'. kalau ada klinik, sakit la aku. tak sempat baca folder patient kot. ni Allah tolong la ni.

4. hampir 10 tahun aku guna ic yg sama. ic yg dah terendam dlm air nasib tak mesin je. ic yg dah koyak-koyak, warna kuning. sangat malu nak tunjuk kat orang, tahu. semalam dah buat yg baru. in shaa Allah 2 minggu lagi siap. tapi masih risau pasal gambar dlm ic tu. macam tak jadi je.

5. festival thai kat kota bharu. sempat la pergi kejap lepas buat ic. dlm hujan-hujan tu ulang-alik dr stall ni ke stall tu ke stall sana ke stall sini. cari benda apa nak makan. last-last beli mee tom yam & air keladi je. lepas makan pusing sekali lagi. bukan nak beli apa-apa pun (jpa tak masuk lagi la), jamu mata je. :)

6. dah ambil baucer buku 1 malaysia. nasib tak ramai orang dlm dewan time pergi tu. kaunter ppsk ada 2 student je yg beratur. bagus! tak payah beratur panjang & lama-lama. strateginya pergilah pukul 4, setengah jam je lagi kaunter nak tutup. masa tu urusan pun tak sampai 5 minit. baucernya dah ada, tapi tak tahu nak beli buku apa. idea?

7. pagi ni kononnya nak ajar pj & elly buat REM. sampai-sampai audio lab tengok komputer & equipment REM takde. pergi mana entah. nak buat practical masking audsim, malas nak tunggu turn. lama kot, seorang buat pun dah 1 jam setengah. nak buat petang la, alih-alih tak pergi pun. hujan, tidur lagi best.

8. meeting hari ni boleh dikategorikan meeting yg efektif & berjaya. sejam je. aku pun tak la diam macam selalu (kena teruskan macam ni). tapi yg kurang bestnya, kerja jadi bertambah pulak. heh. takpe, ada la tu yg aku boleh belajar. positive!

9. ada seseorang yg aku kenal. kata-kata direct sampai hati, tapi bukan utk menyakiti. banyak input utk hari ni. dlm hujan pun boleh. : ) kena selalu jumpa dgn seseorang ni la. in shaa Allah.


start with good intention. good things will follow. in shaa Allah. 
spread the positive vibration (bak kata encik jalil)!
: )