Showing posts with label kisah#klinik. Show all posts
Showing posts with label kisah#klinik. Show all posts

2 March 2014

the doctor i know for a while now :)

dialog harini --

aku: Dr., Dr. S tu baik ea?
Dr. A: oh, dia lagi baik dr saya.

ok, aku admit Dr. A boleh tahan baik tapi tak sangka dia sendiri akan admit dia baik. haha.

aku: Dr., susah la. saya pun susah nak dapatkan consent parents.
Dr. A: you try mintak tolong Dr. S, masa dia attend patient tu boleh mintak dia cakapkan kat parents. kalau doktor yg cakap, susah sikit la parents nak refuse. you try la cakap dgn dia.
aku: oh, ok.

seriously, tak sangka Dr. A akan cakap macam ni. tak sangka dia nak tolong, walaupun setakat bagi idea ja. :)

sebenarnya, lepas cakap dgn Dr. A rasa macam lega sikit. tak rasa burden yg ter-sangat dah la. and dah rasa macam kawan-kawan pulak dgn Dr. haha. tapi ok what, kitorang akan kerja sama-sama for these 2 months ahead apa. :D

29 September 2013

fourth year!


bismillah. moga dipermudah segalanya.

mari mencipta kenangan utk tahun akhir di bumi USMKK. :)

15 September 2013

internship

done my internship selama sebulan! alhamdulillah. :) kembali ke kelantan for another 1 year to go. yosh! so here are some random things sekitar internship to be kept as memories of days in my life.

tempat tinggal sepanjang internship

kolej 17, UPM. ini first time aku sampai uni lain. selama ni terperuk kat USMKK je. heh. kat sini macam apartment, 1 rumah ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku sebilik dengan E tapi memandangkan kami bertiga, I terpaksa join sebilik dengan kami. pasal dia tak nak duduk sebilik dengan student medic UPM, lagipun bilik yg dia dapat tu jauh dari kami. takpe la, orang kata the more the merrier kan?

asalnya kami dapat bilik first floor tapi last week kat sana kena pindah bilik ground floor pulak! padahal pengurusan asrama sendiri kata kami boleh stay sampai habis practical kat bilik asal. malas nak banyak hal, kami pindah je la. tapi serius, aku sangat susah nak adapt kat bilik baru tu. siap nangis bagai! mujur seminggu ja.

practical site

Unit Audiologi, Jabatan ORL, Hospital Serdang. kami bertiga second batch USM yg practical kat sini. sangat la gerun first day masuk tu. mana taknya, budak first batch cerita benda-benda yg tak best je. tambah-tambah dia cerita yg supervisor sangat garang! but it turned out to be pretty awesome to be an intern here! pn. S & pn A dua-dua pun sangat baik.

kat sini memang banyak beza dengan HUSM. klinik luas. bilik asing-asing. ada 4 bilik testing - bilik adult, peads, aural rehab & electrophysiology. testing wise pun beza jugak. banyak la benda baru belajar sampai rasa kekok nak start klinik kat HUSM selasa ni.

leisure hujung minggu

2 tempat je yg sempat & mampu singgah - midvalley & the mines. pergi mid haritu pun sebab jumaat minggu tu habis klinik awal. masa tu budak-budak first batch ada lagi, seronok la jalan ramai-ramai. tinggal bertiga pergi mines je la. sempat jugak la tengok movie - the purge kat mines.

seminggu sebelum habis practical, acik datang serdang. jumpa kat mines. bukan buat apa pun - makan, sembang-sembang & pusing mines tu je. tapi puas hati jugak la dapat jumpa adik kan. :)

masa internship memang banyak enjoy. sekarang dah start sem baru (padahal lewat seminggu dari orang lain) kena tukar mode study & research. ganbatte! moga Allah permudahkan, amiin~

23 June 2013

third year in memory

23062013. tamatlah riwayat 3rd year aku. bakal naik ke 4th year. need to keep calm & graduate! ceh, lambat lagi kot =.=

sepanjang jadi student audiology USM ni, 3rd yearlah tahun yg paling mencabar & banyak dugaan. serius! mahu dituliskan di sini buat bacaan hari nanti. :)

masa mula-mula naik 3rd year, excited gila. takut pun ye jugak. pasal dah kena attach dengan klinik audiologi, jumpa real patient. rasanya aku yg paling lambat nak adapt dengan life baru as student-clinician. mana taknya, teori pun lubang sana-sini. clinical skills lagi la macam you-need-to-go-back-and-practice! disebabkan skills & teori yg tak berapa nak ok, aku sanggup korbankan cuti midsem buat extra attachment kat klinik audio. alhamdulillah, ada jugak la improvement -- dulu asal ada klinik ja malamnya tak dapat tidur lena, time klinik pulak nervousnya tahap gaban.

OSCE. antara clinical exam yg paling aku gerun. first time OSCE, kejutan budaya kot heh. walaupun cover basic clinical skills ja, aku fail! tapi dapat peluang repeat that station yg aku fail tu & improve gred. sem 2 punya OSCE, serius hampeh! satu-satunya student yg fail 2 station. :( repeat jugak, kononnya nak improve gred tapiii.. tak berjaya!

oral VIVA. ini satu surprise utk batch aku. tetiba Dr. nak implement balik benda ni yg dah ditinggal 2-3 tahun. yg lagi dasatnya Dr. nak jadikan oral VIVA ni as indication samada kami layak atau tak buat LI kat hospital luar. boleh tahan jugak la stress time ni. tapi syukur sangat aku pass walaupun pass dengan tak bergaya sangat :p & dapat LI kat hospital serdang.

oh ya! sebab aku tak berjaya meng-improve-kan gred utk 2nd OSCE, aku terpaksa buat 2 weeks of intensive tutorial kat usm sedang orang lain sibuk puasa bersama family kat rumah. nampak gayanya bakal berulang-alik dr perak --> kelantan --> perak --> selangor --> kelantan. moga saja dipermudahkan. amiin~

and i pray for my 4th year to be REAL OHSEMMM! :)

29 May 2013

periksa

sebelum masuk first station OSCE semalam dah ketar-ketar lutut. bila dah baca soalan dia, ketar-ketar tangan nak tulis jawapan. part praktikal, sampai ada steps yang tertinggal. takutnya, ya amat.

itu baru nak jawab soalan periksa kat dunia. soalan periksa dalam kubur nanti, macam mana? walaupun dah dapat soalan bocor, tak tahu lagi boleh jawab dengan bergaya atau tak.

Allahu~

15 May 2013

patient :)

Hampir setahun praktikal kat Klinik Audiologi HUSM. Banyak kes dah pernah jumpa (tinggal ingat atau tak je). Klinik minggu ni antara yang best, walaupun hanya jadi assistant ja.

--

Seorang patient ni, umur 6 tahun tapi ada global developmental delay. Means perkembangan mental, fizikal, pertuturan dia tak sama dengan budak-budak sebaya. Patient ni memang belum ada bahasa - secara reseptif & ekspresif. Pendengaran dia pun tak dapat dipastikan kat tahap mana. Lagi-lagi haritu tak dapat completekan test pun.

Mak patient ni, sangat tabah. Walaupun anak dia macam tu, aku dapat nampak betapa dia sayang kat anak dia. Biarlah budak tu tak faham apa yang dia cakap, terus jugak dia rangsang anak dia dengan bunyi-bunyi pertuturan. Ni aku tengok dengan mata-kepala aku sendiri. Dipuji-puji anak tu -- Kis ni comel la, pandai la Kis ni, baik la Kis ni. Yang si anak ni, bila dengar macam tu, jadi diam (dia merengek-rengek sebelum tu). Aku yg mendengar, senyum -- mak cik saya nak jadi macam mak cik. 

Akhir klinik hari tu, mak patient tu cakap dia suka datang klinik. Sebab dia tahu kami buat yang terbaik untuk anak dia. Tak kisahlah walau kena datang setiap bulan, asal dia dapat tahu perkembangan anak dia. Seriously, aku kagum dengan mak cik ni. :)

--

Seorang lagi patient, umur 6 bulan. Datang untuk buat ujian auditory brainstem response, senang panggil ujian tidur. Aku dah pernah handle baby ni untuk ujian sebelum ni. Tapi masa dulu dia tak nak sangat dengan aku. Tengah-tengah buat test dia menangis. Gila gelabah masa tu.

Yang best sekarang dia dah nak dengan aku. Siap tegur-tegur gitu. Aku nak dukung pun dia ikut ja. Ingat senang ke baby nak ikut aku? Tapi baby ni sampai habis test (2 jam kot!) pun dia nak main dengan aku lagi.  Tertanya-tanya -- am I that adorable to babies? Poyo dooh bunyi dia. Haha. 

Rasa rindu pulak kat baby tu. Terbau-bau lagi bau dia. Baby wangi kan? :)

--

Tinggal lagi 2 kali klinikal practice sebelum sem ni habis. Fuhh! And I really have to develop that clinical skills that all the clinicians expected me to! In shaa Allah. Rabbi yassir wala tu'assir.

21 January 2013

random #1

Random things sekitar second week of clinical attachment. : )

1. Start minggu kedua attachment dgn Klinik Audiologi HUSM. Agak (?) gumbira sebab dah nak habis attachment. Lepas ni boleh la jumpa yg ter-paling-amat-sangat disayangi. Yay! MAK DADA, tunggu Along balik deh.

2. Klinik agak lengang sebab tinggal 3 orang ja (akuPJ & Hafiz) student yg attach. 4 orang yg lain dah tamat tempoh attachment. Rasa sunyi pulak bila bertiga ja kat klinik tu.

3. Disebabkan kami tinggal bertiga ja, ada hari-hari yg kami takde partner sebagai assistant. Turn aku jadi tester seorang diri, hari Isnin & Rabu. Seriously, nervous dia dari last week lagi dah rasa!

4. First klinik minggu ni, fuhh! Patient straight dari 9 pagi sampai 4 petang (except break for lunch & Zohor). Tak menang tangan kalau handle seorang, patient pediatric pulak. Nasib ada assistant & exchange role between patients.

5. Klinik hari Isnin utk new case under En. K, means kena history taking (great! memang kena polish part ni). First time rasa selesa buat klinik under En. K. Maybe sebab dia tak sebekeng biasa kot. :p

6. Oh, ya! Hampir lupa yg ini. Tadi masa assist Hafiz utk kes pediatrik, patient tu panggil aku cikgu. Rasa macam di awangan kejap #hiperbola. Tiba-tiba terbayang aku macam Yankumi dlm Gokusen tu #eh!

7. 2 hari ni memang hectic sangat. Patient bertubi-tubi datang (bukan menyalahkan patient OK! dah memang tugas kami kan treat patient tu), makanya bertubi-tubi jugaklah report yg perlu disiapkan. Sebab klinik sampai pukul 4.30 petang ja, report pun tak sempat siapkan on that day. Bawak ke hari ni, 4 report la jadi semuanya.

8. Dinner kat luar hari ni. Celebrate ke apa? Plan mengejut ni sebenarnya. Tiba-tiba Hafiz ajak aku & PJ makan kat luar. On ja! Al-maklum, tadi tak sempat lunch pun.

9. OK, 2 hari terakhir ni adalah hari-hari kritikal. Harus physically & mentally prepared! Jangan buat main dgn supervisor yg seorang ni. Oh, I really pray that everything will go smoothly. In shaa Allah. : )

10. Membilang hari, siap pangkah-pangkah kalendar lagi u olls! Tak sabarnya, 2 hari ja lagi nak balik #excited!


Banyak new & interesting things yg jadi sepanjang attachment ni. And I hope I learn if not all, at least a little from every single experience. : )

#rasa macam dah ter-suka sama simbol smiley yg ni : ) dulu selalu guna yg ni =)