Showing posts with label in.memory. Show all posts
Showing posts with label in.memory. Show all posts

30 November 2015

Karangan SPM sempena sebulan selepas HUJAN 10 TAHUN

Ini karangan SPM tapi ceritanya berkisar zaman lepas aku SPM. Aku kenal Hujan dengan Bila Aku Sudah Tiada, masa tu hujung 2008. Aku suka lirik lagu-lagu Hujan & suara Noh. Aku simpan lirik lagu-lagu Hujan yg aku tau tapi aku tak pernah tau muka-muka di sebalik Hujan. Aku introduced Hujan kat acik, start dari situ kami kuat layan indie (zaman tu indie tengah up).

Minat aku dengan indie tak sampai tahap join gig, konsert, cukup layan kat radio tv je. Tapi teringin tu ada la, yg tak dapat sebab aku duduk kampung, tak tau & takde bajet. Sekarang dah kerja, kat KL pulak nampak ada la chance nak join kan? That’s why aku nak sangat pergi konsert #hujan10tahun.

Significantnya #hujan10tahun pd aku—

1.  Tengok Hujan perform live depan muka depan mata is one of my dreamwish
2. #hujan10tahun ni reward aku untuk diri sendiri sempena setahun bergelar career girl (cewwah!)

So gigih la aku nak merealisasikan hajat yg bagi aku memang payah nak capai kalau aku takde kat KL ni. Journey ke arah #hujan10tahun aku start dengan—

1. Tiket – tengah september aku dapat tau pasal #hujan10tahun ni, mana nak beli lagi sebab belum gaji. Risau gila tiket habis tak sempat beli, dah la nak beli 2. Nampak tak gigihnya tu, siap sponsor tiket acik semata-mata nak dia teman (takkan aku nak pergi konsert sorang-sorang pulak kan?). Dapat je gaji terus online beli tiket kat galatix.asia. *excited gila!*
2. KL Live – wei KL ni! Aku mana la biasa area KL, so search kat google maps mana tempat ni. Okay boleh sampai sana dengan public transport. *lega* Sekali lagi gigihnya aku tengahari rembang balik kerja pergi survey tempat. Salak Selatan – Hang Tuah – Raja Chulan, lepas tu jalan kaki 7 minit sampai KL Live. Dah tau tempat, tak sabar tunggu hari kejadian. :D
3. Mat Luthfi – hari kejadian awal gila aku & acik sampai, pukul 2 lebih dah terpacak kat KL Live tapi ada yg lagi awal rupanya. Haha. 2 jam jugak la nak tunggu dapat masuk. Unexpectednya Mat Luthfi pon datang wei! Acik kata aku menggelupur masa nampak Mat, hiperbola je dia tapi..hmmm maybe. Rezeki kami antara yg beratur kat depan dapat masuk awal & dapat port depan stage. Okay, kat dalam aku sempat lambai hai kat Mat walaupun dia duduk tempat VVIP (dia lambai balik kot!). 
4. #hujan10tahun – aku cakap kat acik aku nak enjoy Hujan, takde masa nak selfie ke snap gambar Hujan ke apa tapi at last ada jugak la sekeping dua gambar buat kenangan. Entah berapa lagu Hujan bawak haritu & banyak jugak lagu yg aku tak tau & tak boleh nak sing along, tapi yg penting ada Kotak Hati. : ) Memang enjoy sepanjang masa tu kecuali time kena mosh dengan Raingers. Wei gila wei! Mosh tu apa kebenda pon aku tak tau, tau-tau je kena. Gagahkan je tahan sampai habis concert.
5. Meet & greet – aku & acik asalnya tak nak tunggu sebab aku ada janji dengan kawan so kami keluar masa Hujan break solat maghrib. Sempat la rembat t-shirt Hujan sorang satu. Tapi kami masuk balik lepas kawan aku cancel plan. Gigih kami beratur tunggu turn meet & greet, dapatlah signature semua ahli Hujan & bergambar dgn Noh. Acik pulak tercapai hajat bergambar dengan AG.

Dalam enjoy ber-Hujan harini ada la benda okay & tak okaynya—

Things I like, solat is the priority. Start lepas asar & break time maghrib. Terbaik! Satu lagi, semangat Raingers. I won’t admit I’m a Rainger (malu sebab banyak pasal & lagu Hujan yg aku tak tau) tapi salute sungguh dengan diorang, siap buat TIFO sebesar alam tu! Aku menyumbang tolong tarik ke depan je. Haha. Things I don’t like satu je-- MOSH. Malas nak cerita tapi benda ni gila wei! Noh cakap ini normal dlm konsert rock. Okay, sumpah aku tak join konsert rock dah lepas ni.

Overall #hujan10tahun memang gempak. Terima kasih, terima kasih & terima kasih Hujan for the great performances. All the best for years to come. Keep making great music. This not-so-Raingers girl here will always support you guys.

Okay dah sebulan, aku dah moved on. (",)v 

22 February 2014

dua-puluh-tiga

setelah seminggu berusia 23 tahun, baru teringin nak tulis kat sini.

hari ke-15 bulan februari yg lepas, mungkin adalah hari terakhir aku dengar taylor swift's 22. since i'm no longer 22 on the 16th. haha.

tak ramai yg wish utk yg ke-23 ni. bagus jugak, sebab kalau dapat banyak sangat wish jadi tak tahu nak respon macam mana lagi dah. dalam FB sengaja aku private-kan birthday, kononnya nak tengok siapa-siapa ja yg betul-betul ingat tarikh tu. poyo kan!

rasanya, yg ke-23 ni yg paling mengingatkan--

aku makin dekat dgn MATI.

22 tahun dah aku kumpul dosa
22 tahun tu pahala banyak mana?
hari-hari yg ada ni sempat lagi tak nak tanam benih utk akhirat?

TT.TT

moga bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amal.

oh ya, utk yg ke-23 ni aku harap--

aku, the one who decides
positive walau negative.

23 June 2013

third year in memory

23062013. tamatlah riwayat 3rd year aku. bakal naik ke 4th year. need to keep calm & graduate! ceh, lambat lagi kot =.=

sepanjang jadi student audiology USM ni, 3rd yearlah tahun yg paling mencabar & banyak dugaan. serius! mahu dituliskan di sini buat bacaan hari nanti. :)

masa mula-mula naik 3rd year, excited gila. takut pun ye jugak. pasal dah kena attach dengan klinik audiologi, jumpa real patient. rasanya aku yg paling lambat nak adapt dengan life baru as student-clinician. mana taknya, teori pun lubang sana-sini. clinical skills lagi la macam you-need-to-go-back-and-practice! disebabkan skills & teori yg tak berapa nak ok, aku sanggup korbankan cuti midsem buat extra attachment kat klinik audio. alhamdulillah, ada jugak la improvement -- dulu asal ada klinik ja malamnya tak dapat tidur lena, time klinik pulak nervousnya tahap gaban.

OSCE. antara clinical exam yg paling aku gerun. first time OSCE, kejutan budaya kot heh. walaupun cover basic clinical skills ja, aku fail! tapi dapat peluang repeat that station yg aku fail tu & improve gred. sem 2 punya OSCE, serius hampeh! satu-satunya student yg fail 2 station. :( repeat jugak, kononnya nak improve gred tapiii.. tak berjaya!

oral VIVA. ini satu surprise utk batch aku. tetiba Dr. nak implement balik benda ni yg dah ditinggal 2-3 tahun. yg lagi dasatnya Dr. nak jadikan oral VIVA ni as indication samada kami layak atau tak buat LI kat hospital luar. boleh tahan jugak la stress time ni. tapi syukur sangat aku pass walaupun pass dengan tak bergaya sangat :p & dapat LI kat hospital serdang.

oh ya! sebab aku tak berjaya meng-improve-kan gred utk 2nd OSCE, aku terpaksa buat 2 weeks of intensive tutorial kat usm sedang orang lain sibuk puasa bersama family kat rumah. nampak gayanya bakal berulang-alik dr perak --> kelantan --> perak --> selangor --> kelantan. moga saja dipermudahkan. amiin~

and i pray for my 4th year to be REAL OHSEMMM! :)

16 June 2013

yang aku rindukan

balik sekolah abah ambil, naik motor rxz.
lepak kat tempat kerja abah. 
abah belanja air kotak dutch lady perisa coklat.
hujung minggu berkelah kat empang.
naik lori ramai-ramai, duduk kat belakang.

itu, semua cerita semasa kecil.

sekarang dah besar panjang, tak dapat dah buat semua ni. lagi-lagi dlm keadaan sekarang.

how i wish nothing changed. 

ah, tak kisahlah. life has to go on. yg penting sayang ni tak pernah berubah.

abah, akak rindu sangat. akak sayang abah.
selamat hari bapa :)