8 November 2013

ini semua kerana HLOVATE!

bukak tumblr. scroll, scroll, scroll -- hlovate. scroll, scroll lagi -- hlovate lagi. apakah? agaknya badi hlovate tak, lepas aku menghabiskan 5 tahun 5 bulan? heh.

sebenarnya aku tak berapa sihat ni -- demam lepas kena hujan 2 hari lepas. sadisnya lagi bila demam-demam cenggini kena balik uni dah. tak dapat nak bermanja dengan mak di kala demam. bila dah jauh & tak dapat merasa layanan istimewa ni, nak cepat sihat je la. untung jugak aku khatamkan 5 tahun 5 bulan tu. gunapakai la tips si Jo masa nak sihatkan Along. alhamdulillah, dah ok sikit rasa badan ni. :)

ehem. dalam demam-demam ni pun, sempat lagi aku tidur-mimpi -- mimpi yg tak masuk akal pulak tu! ada ke patut mimpi pasal co-researcher aku. yg mengarutnya mimpi aku tu kata beliau ex-Saujana! erkk! mentang-mentang pernah lecture sekali dengan the real ex-Saujana -- Dr. Faizul, nak lagi! penangan demam. heh.

dan ya, aku sangat-sangat mahu dapatkan Anthem - Hlovate!