10 June 2015

Of 6 Months Here in PENT

Aku start kempen kerja after grad betul-betul sehari lepas konvo. Gila koboi konvo aku! Tak merasa nak photoshoot. Sadis!

The first workplace aku is Perfect ENT Hearing & Speech Centre, as an audiologist. The only company yg panggil untuk iv (aku apply kat 3 companies) & alhamdulillah rezeki kat sini. Masa iv aku pilih posting kat Kuantan memandangkan branches lain dah ada orang pilih tapi belum habis training, GM offered aku posting kat HQ Cheras since tetiba ada kekosongan. Katanya dekat sikit dgn kampung, senang nak balik. Aku on je walaupun asalnya prinsip aku tak nak kerja kat KL. Haha! Cukup 6 bulan, sekarang aku permanent audiologist kat sini.

Apa yg aku dah lalu sepanjang 6 bulan ni? 

-- Being transferred to other branch.
Sebulan kerja, GM transfer aku ke Bangi Branch. Temporarily cover sana sementara tunggu audiologist baru. Merasa la 2 bulan lebih kerja sampai 9 malam. Fuhh! After Wanie masuk aku balik Cheras balik. Yay!! 

-- Dealing with government's audiologist.
The nature of kerja dengan private hearing aids company. Kena hadap audiologist government kalau boleh sampai kau jadi besties dia! Tapi aku, takde makna la. Cukup aku buat kerja aku, diorang buat kerja diorang. Sepanjang kat Bangi aku cover Hospital Putrajaya & Hospital Serdang. Audiologist Putrajaya perghhh serius banyak permintaan. Semua nak cepat & expectation tinggi melangit. Audiologist Serdang better. :) Kat Cheras pon aku cover 2 hospital je setakat ni: Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Senior audiologist HRC sangat strict, audiologists PPUKM kurang mesra lagi-lagi aku malas tunjuk muka. Haha.

-- Patients yg macam-macam perangai.
Ini yg paling tak boleh tahan sepanjang kerja. Ada yg suka marah-marah mengamuk. Ada yg kejap-kejap call, datang tanya bila dapat alat. Ada yg dah order alat then cancel. Ada yg barang dah siap tapi tetiba taknak & taknak bayar. Tapi ada jugak yg baik, ramah sampai rasa macam dah kenal lama.

Sebenarnya aku nak masuk government tapi dengar-dengarnya post kena freeze. Kena tunggu & bertahan kat sini je la gayanya. Sambil-sambil tu kita cari pengalaman. :)

Ayuh, bertabah & berusaha!