30 November 2015

Karangan SPM sempena sebulan selepas HUJAN 10 TAHUN

Ini karangan SPM tapi ceritanya berkisar zaman lepas aku SPM. Aku kenal Hujan dengan Bila Aku Sudah Tiada, masa tu hujung 2008. Aku suka lirik lagu-lagu Hujan & suara Noh. Aku simpan lirik lagu-lagu Hujan yg aku tau tapi aku tak pernah tau muka-muka di sebalik Hujan. Aku introduced Hujan kat acik, start dari situ kami kuat layan indie (zaman tu indie tengah up).

Minat aku dengan indie tak sampai tahap join gig, konsert, cukup layan kat radio tv je. Tapi teringin tu ada la, yg tak dapat sebab aku duduk kampung, tak tau & takde bajet. Sekarang dah kerja, kat KL pulak nampak ada la chance nak join kan? That’s why aku nak sangat pergi konsert #hujan10tahun.

Significantnya #hujan10tahun pd aku—

1.  Tengok Hujan perform live depan muka depan mata is one of my dreamwish
2. #hujan10tahun ni reward aku untuk diri sendiri sempena setahun bergelar career girl (cewwah!)

So gigih la aku nak merealisasikan hajat yg bagi aku memang payah nak capai kalau aku takde kat KL ni. Journey ke arah #hujan10tahun aku start dengan—

1. Tiket – tengah september aku dapat tau pasal #hujan10tahun ni, mana nak beli lagi sebab belum gaji. Risau gila tiket habis tak sempat beli, dah la nak beli 2. Nampak tak gigihnya tu, siap sponsor tiket acik semata-mata nak dia teman (takkan aku nak pergi konsert sorang-sorang pulak kan?). Dapat je gaji terus online beli tiket kat galatix.asia. *excited gila!*
2. KL Live – wei KL ni! Aku mana la biasa area KL, so search kat google maps mana tempat ni. Okay boleh sampai sana dengan public transport. *lega* Sekali lagi gigihnya aku tengahari rembang balik kerja pergi survey tempat. Salak Selatan – Hang Tuah – Raja Chulan, lepas tu jalan kaki 7 minit sampai KL Live. Dah tau tempat, tak sabar tunggu hari kejadian. :D
3. Mat Luthfi – hari kejadian awal gila aku & acik sampai, pukul 2 lebih dah terpacak kat KL Live tapi ada yg lagi awal rupanya. Haha. 2 jam jugak la nak tunggu dapat masuk. Unexpectednya Mat Luthfi pon datang wei! Acik kata aku menggelupur masa nampak Mat, hiperbola je dia tapi..hmmm maybe. Rezeki kami antara yg beratur kat depan dapat masuk awal & dapat port depan stage. Okay, kat dalam aku sempat lambai hai kat Mat walaupun dia duduk tempat VVIP (dia lambai balik kot!). 
4. #hujan10tahun – aku cakap kat acik aku nak enjoy Hujan, takde masa nak selfie ke snap gambar Hujan ke apa tapi at last ada jugak la sekeping dua gambar buat kenangan. Entah berapa lagu Hujan bawak haritu & banyak jugak lagu yg aku tak tau & tak boleh nak sing along, tapi yg penting ada Kotak Hati. : ) Memang enjoy sepanjang masa tu kecuali time kena mosh dengan Raingers. Wei gila wei! Mosh tu apa kebenda pon aku tak tau, tau-tau je kena. Gagahkan je tahan sampai habis concert.
5. Meet & greet – aku & acik asalnya tak nak tunggu sebab aku ada janji dengan kawan so kami keluar masa Hujan break solat maghrib. Sempat la rembat t-shirt Hujan sorang satu. Tapi kami masuk balik lepas kawan aku cancel plan. Gigih kami beratur tunggu turn meet & greet, dapatlah signature semua ahli Hujan & bergambar dgn Noh. Acik pulak tercapai hajat bergambar dengan AG.

Dalam enjoy ber-Hujan harini ada la benda okay & tak okaynya—

Things I like, solat is the priority. Start lepas asar & break time maghrib. Terbaik! Satu lagi, semangat Raingers. I won’t admit I’m a Rainger (malu sebab banyak pasal & lagu Hujan yg aku tak tau) tapi salute sungguh dengan diorang, siap buat TIFO sebesar alam tu! Aku menyumbang tolong tarik ke depan je. Haha. Things I don’t like satu je-- MOSH. Malas nak cerita tapi benda ni gila wei! Noh cakap ini normal dlm konsert rock. Okay, sumpah aku tak join konsert rock dah lepas ni.

Overall #hujan10tahun memang gempak. Terima kasih, terima kasih & terima kasih Hujan for the great performances. All the best for years to come. Keep making great music. This not-so-Raingers girl here will always support you guys.

Okay dah sebulan, aku dah moved on. (",)v