18 August 2016

Acu

Acu la lelaki paling baik yg aku kenal. Dia tak main perempuan. Dia jaga aku masa aku kat NS. Dia sangat rajin kerja. Dia tak serius, suka buat lawak. Dia simpan rahsia family aku. Most important Acu tak tinggal solat. Baik la bagi aku. Sampai pernah aku fikir nak cari calon yg macam Acu. Haha.

Hujung tahun lepas Acu diberhentikan dari kilang tempat dia kerja dengan pampasan (aku tak tau term apa orang guna utk condition ni). Acu tak belajar tinggi, SRP pun dia takde. Banyak kilang yg dia apply kerja kena ada SPM. Lama jugak dia tak kerja.

Tapi, macam aku cakap tadi-- Acu rajin kerja. Selama dia tak dapat kerja tetap tu dia ambil upah buat wiring. Masyuk jugak. Lagipun ramai yg tau Acu pandai buat wiring. Sekarang Acu dah dapat kerja tetap, kat kilang jugak.

Kisah Acu ni buat aku terfikir; Tuhan sentiasa rezekikan hamba Dia lagi-lagi yg dah kahwin, dah ada anak. Aku mula-mula risau jugak macamana Acu nak sara family dia yg 5 orang tu. Tapi Acu tak gelabah, aku rasa dia memang pegang "rezeki tu ada ja asal dia usaha & bergantung pada Tuhan".

Aku pun tak boleh gelabah la sekarang. Ingat DUIT (hang kan mata duitan, lels). Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal. InshaaAllah ada rezeki nanti.

14 August 2016

Esc & usrah

Haritu lepak MPH. Saja. Nak habiskan baca Esc. Nak beli lama dah, tak terbeli sampai dah takde bajet sekarang. Luls.

Baca Esc ni rasa macam baca Bagaimana Menyentuh Hati balik. Tapi BMH tu berat, Esc ni version light.

Okay, sebenarnya aku rindu usrah.

13 August 2016

Cuci & re-start

Fuh! Fuh! Fuh! *tiup habuk*

Perghhh sawang!

Saja singgah sini. Tengok baca apa yg patut. Heh. Lama rupanya aku tinggalkan sini-- almost 8 bulan. Mana tak berhabuk bersawang semua kan.

.

Aku dah resign from that company yg aku kerja tu. After 1;6 years. Sekarang meng-anggur. Belum rezeki dapat kerja baru.

Dengan status sekarang banyak la masa free yg aku ada. So aku rajin on tumblr- scroll, like, reblog. Baca blog- Mato, LI. Aku suka tulisan depa. Walaupun kadang tu tak dapat hadam. Heh.

Sebenarnya aku dalam proses mem-positifkan diri. Tu yg aku pilih tumblr & blog depa. Doakan.

30 November 2015

Karangan SPM sempena sebulan selepas HUJAN 10 TAHUN

Ini karangan SPM tapi ceritanya berkisar zaman lepas aku SPM. Aku kenal Hujan dengan Bila Aku Sudah Tiada, masa tu hujung 2008. Aku suka lirik lagu-lagu Hujan & suara Noh. Aku simpan lirik lagu-lagu Hujan yg aku tau tapi aku tak pernah tau muka-muka di sebalik Hujan. Aku introduced Hujan kat acik, start dari situ kami kuat layan indie (zaman tu indie tengah up).

Minat aku dengan indie tak sampai tahap join gig, konsert, cukup layan kat radio tv je. Tapi teringin tu ada la, yg tak dapat sebab aku duduk kampung, tak tau & takde bajet. Sekarang dah kerja, kat KL pulak nampak ada la chance nak join kan? That’s why aku nak sangat pergi konsert #hujan10tahun.

Significantnya #hujan10tahun pd aku—

1.  Tengok Hujan perform live depan muka depan mata is one of my dreamwish
2. #hujan10tahun ni reward aku untuk diri sendiri sempena setahun bergelar career girl (cewwah!)

So gigih la aku nak merealisasikan hajat yg bagi aku memang payah nak capai kalau aku takde kat KL ni. Journey ke arah #hujan10tahun aku start dengan—

1. Tiket – tengah september aku dapat tau pasal #hujan10tahun ni, mana nak beli lagi sebab belum gaji. Risau gila tiket habis tak sempat beli, dah la nak beli 2. Nampak tak gigihnya tu, siap sponsor tiket acik semata-mata nak dia teman (takkan aku nak pergi konsert sorang-sorang pulak kan?). Dapat je gaji terus online beli tiket kat galatix.asia. *excited gila!*
2. KL Live – wei KL ni! Aku mana la biasa area KL, so search kat google maps mana tempat ni. Okay boleh sampai sana dengan public transport. *lega* Sekali lagi gigihnya aku tengahari rembang balik kerja pergi survey tempat. Salak Selatan – Hang Tuah – Raja Chulan, lepas tu jalan kaki 7 minit sampai KL Live. Dah tau tempat, tak sabar tunggu hari kejadian. :D
3. Mat Luthfi – hari kejadian awal gila aku & acik sampai, pukul 2 lebih dah terpacak kat KL Live tapi ada yg lagi awal rupanya. Haha. 2 jam jugak la nak tunggu dapat masuk. Unexpectednya Mat Luthfi pon datang wei! Acik kata aku menggelupur masa nampak Mat, hiperbola je dia tapi..hmmm maybe. Rezeki kami antara yg beratur kat depan dapat masuk awal & dapat port depan stage. Okay, kat dalam aku sempat lambai hai kat Mat walaupun dia duduk tempat VVIP (dia lambai balik kot!). 
4. #hujan10tahun – aku cakap kat acik aku nak enjoy Hujan, takde masa nak selfie ke snap gambar Hujan ke apa tapi at last ada jugak la sekeping dua gambar buat kenangan. Entah berapa lagu Hujan bawak haritu & banyak jugak lagu yg aku tak tau & tak boleh nak sing along, tapi yg penting ada Kotak Hati. : ) Memang enjoy sepanjang masa tu kecuali time kena mosh dengan Raingers. Wei gila wei! Mosh tu apa kebenda pon aku tak tau, tau-tau je kena. Gagahkan je tahan sampai habis concert.
5. Meet & greet – aku & acik asalnya tak nak tunggu sebab aku ada janji dengan kawan so kami keluar masa Hujan break solat maghrib. Sempat la rembat t-shirt Hujan sorang satu. Tapi kami masuk balik lepas kawan aku cancel plan. Gigih kami beratur tunggu turn meet & greet, dapatlah signature semua ahli Hujan & bergambar dgn Noh. Acik pulak tercapai hajat bergambar dengan AG.

Dalam enjoy ber-Hujan harini ada la benda okay & tak okaynya—

Things I like, solat is the priority. Start lepas asar & break time maghrib. Terbaik! Satu lagi, semangat Raingers. I won’t admit I’m a Rainger (malu sebab banyak pasal & lagu Hujan yg aku tak tau) tapi salute sungguh dengan diorang, siap buat TIFO sebesar alam tu! Aku menyumbang tolong tarik ke depan je. Haha. Things I don’t like satu je-- MOSH. Malas nak cerita tapi benda ni gila wei! Noh cakap ini normal dlm konsert rock. Okay, sumpah aku tak join konsert rock dah lepas ni.

Overall #hujan10tahun memang gempak. Terima kasih, terima kasih & terima kasih Hujan for the great performances. All the best for years to come. Keep making great music. This not-so-Raingers girl here will always support you guys.

Okay dah sebulan, aku dah moved on. (",)v 

10 June 2015

Of 6 Months Here in PENT

Aku start kempen kerja after grad betul-betul sehari lepas konvo. Gila koboi konvo aku! Tak merasa nak photoshoot. Sadis!

The first workplace aku is Perfect ENT Hearing & Speech Centre, as an audiologist. The only company yg panggil untuk iv (aku apply kat 3 companies) & alhamdulillah rezeki kat sini. Masa iv aku pilih posting kat Kuantan memandangkan branches lain dah ada orang pilih tapi belum habis training, GM offered aku posting kat HQ Cheras since tetiba ada kekosongan. Katanya dekat sikit dgn kampung, senang nak balik. Aku on je walaupun asalnya prinsip aku tak nak kerja kat KL. Haha! Cukup 6 bulan, sekarang aku permanent audiologist kat sini.

Apa yg aku dah lalu sepanjang 6 bulan ni? 

-- Being transferred to other branch.
Sebulan kerja, GM transfer aku ke Bangi Branch. Temporarily cover sana sementara tunggu audiologist baru. Merasa la 2 bulan lebih kerja sampai 9 malam. Fuhh! After Wanie masuk aku balik Cheras balik. Yay!! 

-- Dealing with government's audiologist.
The nature of kerja dengan private hearing aids company. Kena hadap audiologist government kalau boleh sampai kau jadi besties dia! Tapi aku, takde makna la. Cukup aku buat kerja aku, diorang buat kerja diorang. Sepanjang kat Bangi aku cover Hospital Putrajaya & Hospital Serdang. Audiologist Putrajaya perghhh serius banyak permintaan. Semua nak cepat & expectation tinggi melangit. Audiologist Serdang better. :) Kat Cheras pon aku cover 2 hospital je setakat ni: Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Senior audiologist HRC sangat strict, audiologists PPUKM kurang mesra lagi-lagi aku malas tunjuk muka. Haha.

-- Patients yg macam-macam perangai.
Ini yg paling tak boleh tahan sepanjang kerja. Ada yg suka marah-marah mengamuk. Ada yg kejap-kejap call, datang tanya bila dapat alat. Ada yg dah order alat then cancel. Ada yg barang dah siap tapi tetiba taknak & taknak bayar. Tapi ada jugak yg baik, ramah sampai rasa macam dah kenal lama.

Sebenarnya aku nak masuk government tapi dengar-dengarnya post kena freeze. Kena tunggu & bertahan kat sini je la gayanya. Sambil-sambil tu kita cari pengalaman. :)

Ayuh, bertabah & berusaha!