29 May 2013

periksa

sebelum masuk first station OSCE semalam dah ketar-ketar lutut. bila dah baca soalan dia, ketar-ketar tangan nak tulis jawapan. part praktikal, sampai ada steps yang tertinggal. takutnya, ya amat.

itu baru nak jawab soalan periksa kat dunia. soalan periksa dalam kubur nanti, macam mana? walaupun dah dapat soalan bocor, tak tahu lagi boleh jawab dengan bergaya atau tak.

Allahu~

25 May 2013

hati

carilah hatimu di 3 tempat. carilah hatimu ketika membaca al-quran. sekiranya tidak kamu temui ketika itu, maka carilah ketika solat. sekiranya tidak kamu temui, maka carilah ketika sedang duduk bertafakur memgingati mati. sekiranya masih tidak kamu temui, maka pintalah drpd Allah hati yg baru krn ketika itu hati kamu sudah mati. -- imam al-ghazali

* * *

mahu nangis sekuat-kuatnya.

21 May 2013

21052013

aku sayang hang banyak-banyak. serius!

cuma aku malu nak cakap berdepan.

19 May 2013

suntuk


bila dah suntuk, barulah dirasa betapa terhenyaknya diri dengan waktu.

--

kak I kata, tak sempatnya kita buat semua kerja yg diamanahkan tu pasal management diri sendiri yg tak bagus. lagi, dia pesan kurangkan tidur. alahai, payahnya bab ni. =..=''

15 May 2013

patient :)

Hampir setahun praktikal kat Klinik Audiologi HUSM. Banyak kes dah pernah jumpa (tinggal ingat atau tak je). Klinik minggu ni antara yang best, walaupun hanya jadi assistant ja.

--

Seorang patient ni, umur 6 tahun tapi ada global developmental delay. Means perkembangan mental, fizikal, pertuturan dia tak sama dengan budak-budak sebaya. Patient ni memang belum ada bahasa - secara reseptif & ekspresif. Pendengaran dia pun tak dapat dipastikan kat tahap mana. Lagi-lagi haritu tak dapat completekan test pun.

Mak patient ni, sangat tabah. Walaupun anak dia macam tu, aku dapat nampak betapa dia sayang kat anak dia. Biarlah budak tu tak faham apa yang dia cakap, terus jugak dia rangsang anak dia dengan bunyi-bunyi pertuturan. Ni aku tengok dengan mata-kepala aku sendiri. Dipuji-puji anak tu -- Kis ni comel la, pandai la Kis ni, baik la Kis ni. Yang si anak ni, bila dengar macam tu, jadi diam (dia merengek-rengek sebelum tu). Aku yg mendengar, senyum -- mak cik saya nak jadi macam mak cik. 

Akhir klinik hari tu, mak patient tu cakap dia suka datang klinik. Sebab dia tahu kami buat yang terbaik untuk anak dia. Tak kisahlah walau kena datang setiap bulan, asal dia dapat tahu perkembangan anak dia. Seriously, aku kagum dengan mak cik ni. :)

--

Seorang lagi patient, umur 6 bulan. Datang untuk buat ujian auditory brainstem response, senang panggil ujian tidur. Aku dah pernah handle baby ni untuk ujian sebelum ni. Tapi masa dulu dia tak nak sangat dengan aku. Tengah-tengah buat test dia menangis. Gila gelabah masa tu.

Yang best sekarang dia dah nak dengan aku. Siap tegur-tegur gitu. Aku nak dukung pun dia ikut ja. Ingat senang ke baby nak ikut aku? Tapi baby ni sampai habis test (2 jam kot!) pun dia nak main dengan aku lagi.  Tertanya-tanya -- am I that adorable to babies? Poyo dooh bunyi dia. Haha. 

Rasa rindu pulak kat baby tu. Terbau-bau lagi bau dia. Baby wangi kan? :)

--

Tinggal lagi 2 kali klinikal practice sebelum sem ni habis. Fuhh! And I really have to develop that clinical skills that all the clinicians expected me to! In shaa Allah. Rabbi yassir wala tu'assir.