30 November 2015

Karangan SPM sempena sebulan selepas HUJAN 10 TAHUN

Ini karangan SPM tapi ceritanya berkisar zaman lepas aku SPM. Aku kenal Hujan dengan Bila Aku Sudah Tiada, masa tu hujung 2008. Aku suka lirik lagu-lagu Hujan & suara Noh. Aku simpan lirik lagu-lagu Hujan yg aku tau tapi aku tak pernah tau muka-muka di sebalik Hujan. Aku introduced Hujan kat acik, start dari situ kami kuat layan indie (zaman tu indie tengah up).

Minat aku dengan indie tak sampai tahap join gig, konsert, cukup layan kat radio tv je. Tapi teringin tu ada la, yg tak dapat sebab aku duduk kampung, tak tau & takde bajet. Sekarang dah kerja, kat KL pulak nampak ada la chance nak join kan? That’s why aku nak sangat pergi konsert #hujan10tahun.

Significantnya #hujan10tahun pd aku—

1.  Tengok Hujan perform live depan muka depan mata is one of my dreamwish
2. #hujan10tahun ni reward aku untuk diri sendiri sempena setahun bergelar career girl (cewwah!)

So gigih la aku nak merealisasikan hajat yg bagi aku memang payah nak capai kalau aku takde kat KL ni. Journey ke arah #hujan10tahun aku start dengan—

1. Tiket – tengah september aku dapat tau pasal #hujan10tahun ni, mana nak beli lagi sebab belum gaji. Risau gila tiket habis tak sempat beli, dah la nak beli 2. Nampak tak gigihnya tu, siap sponsor tiket acik semata-mata nak dia teman (takkan aku nak pergi konsert sorang-sorang pulak kan?). Dapat je gaji terus online beli tiket kat galatix.asia. *excited gila!*
2. KL Live – wei KL ni! Aku mana la biasa area KL, so search kat google maps mana tempat ni. Okay boleh sampai sana dengan public transport. *lega* Sekali lagi gigihnya aku tengahari rembang balik kerja pergi survey tempat. Salak Selatan – Hang Tuah – Raja Chulan, lepas tu jalan kaki 7 minit sampai KL Live. Dah tau tempat, tak sabar tunggu hari kejadian. :D
3. Mat Luthfi – hari kejadian awal gila aku & acik sampai, pukul 2 lebih dah terpacak kat KL Live tapi ada yg lagi awal rupanya. Haha. 2 jam jugak la nak tunggu dapat masuk. Unexpectednya Mat Luthfi pon datang wei! Acik kata aku menggelupur masa nampak Mat, hiperbola je dia tapi..hmmm maybe. Rezeki kami antara yg beratur kat depan dapat masuk awal & dapat port depan stage. Okay, kat dalam aku sempat lambai hai kat Mat walaupun dia duduk tempat VVIP (dia lambai balik kot!). 
4. #hujan10tahun – aku cakap kat acik aku nak enjoy Hujan, takde masa nak selfie ke snap gambar Hujan ke apa tapi at last ada jugak la sekeping dua gambar buat kenangan. Entah berapa lagu Hujan bawak haritu & banyak jugak lagu yg aku tak tau & tak boleh nak sing along, tapi yg penting ada Kotak Hati. : ) Memang enjoy sepanjang masa tu kecuali time kena mosh dengan Raingers. Wei gila wei! Mosh tu apa kebenda pon aku tak tau, tau-tau je kena. Gagahkan je tahan sampai habis concert.
5. Meet & greet – aku & acik asalnya tak nak tunggu sebab aku ada janji dengan kawan so kami keluar masa Hujan break solat maghrib. Sempat la rembat t-shirt Hujan sorang satu. Tapi kami masuk balik lepas kawan aku cancel plan. Gigih kami beratur tunggu turn meet & greet, dapatlah signature semua ahli Hujan & bergambar dgn Noh. Acik pulak tercapai hajat bergambar dengan AG.

Dalam enjoy ber-Hujan harini ada la benda okay & tak okaynya—

Things I like, solat is the priority. Start lepas asar & break time maghrib. Terbaik! Satu lagi, semangat Raingers. I won’t admit I’m a Rainger (malu sebab banyak pasal & lagu Hujan yg aku tak tau) tapi salute sungguh dengan diorang, siap buat TIFO sebesar alam tu! Aku menyumbang tolong tarik ke depan je. Haha. Things I don’t like satu je-- MOSH. Malas nak cerita tapi benda ni gila wei! Noh cakap ini normal dlm konsert rock. Okay, sumpah aku tak join konsert rock dah lepas ni.

Overall #hujan10tahun memang gempak. Terima kasih, terima kasih & terima kasih Hujan for the great performances. All the best for years to come. Keep making great music. This not-so-Raingers girl here will always support you guys.

Okay dah sebulan, aku dah moved on. (",)v 

10 June 2015

Of 6 Months Here in PENT

Aku start kempen kerja after grad betul-betul sehari lepas konvo. Gila koboi konvo aku! Tak merasa nak photoshoot. Sadis!

The first workplace aku is Perfect ENT Hearing & Speech Centre, as an audiologist. The only company yg panggil untuk iv (aku apply kat 3 companies) & alhamdulillah rezeki kat sini. Masa iv aku pilih posting kat Kuantan memandangkan branches lain dah ada orang pilih tapi belum habis training, GM offered aku posting kat HQ Cheras since tetiba ada kekosongan. Katanya dekat sikit dgn kampung, senang nak balik. Aku on je walaupun asalnya prinsip aku tak nak kerja kat KL. Haha! Cukup 6 bulan, sekarang aku permanent audiologist kat sini.

Apa yg aku dah lalu sepanjang 6 bulan ni? 

-- Being transferred to other branch.
Sebulan kerja, GM transfer aku ke Bangi Branch. Temporarily cover sana sementara tunggu audiologist baru. Merasa la 2 bulan lebih kerja sampai 9 malam. Fuhh! After Wanie masuk aku balik Cheras balik. Yay!! 

-- Dealing with government's audiologist.
The nature of kerja dengan private hearing aids company. Kena hadap audiologist government kalau boleh sampai kau jadi besties dia! Tapi aku, takde makna la. Cukup aku buat kerja aku, diorang buat kerja diorang. Sepanjang kat Bangi aku cover Hospital Putrajaya & Hospital Serdang. Audiologist Putrajaya perghhh serius banyak permintaan. Semua nak cepat & expectation tinggi melangit. Audiologist Serdang better. :) Kat Cheras pon aku cover 2 hospital je setakat ni: Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Senior audiologist HRC sangat strict, audiologists PPUKM kurang mesra lagi-lagi aku malas tunjuk muka. Haha.

-- Patients yg macam-macam perangai.
Ini yg paling tak boleh tahan sepanjang kerja. Ada yg suka marah-marah mengamuk. Ada yg kejap-kejap call, datang tanya bila dapat alat. Ada yg dah order alat then cancel. Ada yg barang dah siap tapi tetiba taknak & taknak bayar. Tapi ada jugak yg baik, ramah sampai rasa macam dah kenal lama.

Sebenarnya aku nak masuk government tapi dengar-dengarnya post kena freeze. Kena tunggu & bertahan kat sini je la gayanya. Sambil-sambil tu kita cari pengalaman. :)

Ayuh, bertabah & berusaha!

9 March 2014

the ME i know for today

masuk minggu ke-3 data collection tapi baru dapat 12 orang subjects. TT.TT

dan ya, hari ni adalah hari yg paling menaikkan darah sepanjang aku collect data! nasib baik boleh tahan lagi, kalau tak mau meletup dah tadi. but then, dari peristiwa hari ni aku belajar kenal diri sendiri -- sikit-sikit.

aku noticed that;

aku tengok apa salah atau kurangnya skill aku dulu bila tak dapat result. bukan salahkan mesin, pasal mesin tu bekerja ikut skill orang yg operate dia. human error selalu ja jadi kan?

aku tak letak harapan tinggi utk dapat result yg positif. aku tau result aku akan ada 2 possibilities; pass or refer. kalau the first second ada nampak tanda-tanda pass belum tentu akan dapat pass. so, aku takkan hela nafas lega lagi sampailah test tu complete.

aku sangat serius bila conduct test. takde masa nak ber-cak-cak dgn babies tu semua eventhough they all look cute! time flies fast you know. nak kejar 100+ babies lagi!

satu lagi yg aku belajar;

dalam proses nak settle-kan data collection ni memang aku kena banyak bersabar. dgn co-researcher yg completely contradict dgn aku, dgn babies yg kadang-kadang susah cooperate, dgn parents yg refused to participate, dgn doctors & nurses yg kadang-kadang ganggu time testing.

tapi takpelah,

pelan-pelan kayuh, moga-moga sampai ke bukit yg di tuju.

may HE ease everything, till the end. ameen~

2 March 2014

the doctor i know for a while now :)

dialog harini --

aku: Dr., Dr. S tu baik ea?
Dr. A: oh, dia lagi baik dr saya.

ok, aku admit Dr. A boleh tahan baik tapi tak sangka dia sendiri akan admit dia baik. haha.

aku: Dr., susah la. saya pun susah nak dapatkan consent parents.
Dr. A: you try mintak tolong Dr. S, masa dia attend patient tu boleh mintak dia cakapkan kat parents. kalau doktor yg cakap, susah sikit la parents nak refuse. you try la cakap dgn dia.
aku: oh, ok.

seriously, tak sangka Dr. A akan cakap macam ni. tak sangka dia nak tolong, walaupun setakat bagi idea ja. :)

sebenarnya, lepas cakap dgn Dr. A rasa macam lega sikit. tak rasa burden yg ter-sangat dah la. and dah rasa macam kawan-kawan pulak dgn Dr. haha. tapi ok what, kitorang akan kerja sama-sama for these 2 months ahead apa. :D

22 February 2014

dua-puluh-tiga

setelah seminggu berusia 23 tahun, baru teringin nak tulis kat sini.

hari ke-15 bulan februari yg lepas, mungkin adalah hari terakhir aku dengar taylor swift's 22. since i'm no longer 22 on the 16th. haha.

tak ramai yg wish utk yg ke-23 ni. bagus jugak, sebab kalau dapat banyak sangat wish jadi tak tahu nak respon macam mana lagi dah. dalam FB sengaja aku private-kan birthday, kononnya nak tengok siapa-siapa ja yg betul-betul ingat tarikh tu. poyo kan!

rasanya, yg ke-23 ni yg paling mengingatkan--

aku makin dekat dgn MATI.

22 tahun dah aku kumpul dosa
22 tahun tu pahala banyak mana?
hari-hari yg ada ni sempat lagi tak nak tanam benih utk akhirat?

TT.TT

moga bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amal.

oh ya, utk yg ke-23 ni aku harap--

aku, the one who decides
positive walau negative.