2 June 2013

bila yg kau kata tak seperti yg kau lakukan

WARNING! post ni bukan nak condemn siapa-siapa, sekadar meluah apa yg dirasa. ok, sila teruskan pembacaan.

"kita tak nak ukhwah ni sekadar retorik, kita kan nak bersahabat sampai syurga?"

katanya. bunyi gah gila, kan? tapi yg terzahir tak sepertinya. dari dulu lagi digembar-gemburkan dengan perkataan UKHWAH. waktu-waktu kritikal bilamana ada sahabat-sahabat yg menjauh, terus ditembak dengan soalan -- mana ukhwah kamu semua? stress, tahu?

memang tak dinafikan, atas alasan ukhwahlah aku ada kat sini sekarang. tapi, lama-lama rasa manisnya ukhwah tu makin tawar. ya, mungkin salah aku sendiri. sengaja menjauh, sengaja mengasing. aku sedar & sebab tu lah aku join rehlah baru-baru ni -- nak bersama sahabat-sahabat yg dah lama aku tinggalkan.

masa rehlah, awal-awal lagi dah ditanya -- kenapa kamu semua datang rehlah ni? ok, masing-masing keluarkan jawapan bernas sebernas beras bernas (apakah?) -- nak eratkan silaturrahim, nak tengok muka sahabat-sahabat, nak berukhwah etc. dalam otak memang jawapan aku lebih kurang bernasnya, tapi maaf tak terluah. ego mungkin. =.=

dah namanya pun rehlah, makanya takde benda-benda berat yg dibincangkan. masing-masing nak relaks, release tensi & bergembira. ok, faham. tapi yg tak bestnya, yg diisukan ukhwah sedangkan yg dizahirkan? mungkin aku yg emo terlebih tapi kalau dah terang-terangan macam tu, rasanya ada ja sahabat-sahabat lain yg rasa macam aku rasa. ke takde? errr.

apa aku nak sampaikan sebenarnya ni?

nak katanya, kita akan diuji dengan apa yg kita sering katakan. makanya, kita perlu buat lah apa yg kita perkatakan. jangan sekadar RETORIK. tahu? <-- ini, ingatan utk diri terutamanya!

No comments:

Post a Comment