done my internship selama sebulan! alhamdulillah. :) kembali ke kelantan for another 1 year to go. yosh! so here are some random things sekitar internship to be kept as memories of days in my life.
tempat tinggal sepanjang internship
kolej 17, UPM. ini first time aku sampai uni lain. selama ni terperuk kat USMKK je. heh. kat sini macam apartment, 1 rumah ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku sebilik dengan E tapi memandangkan kami bertiga, I terpaksa join sebilik dengan kami. pasal dia tak nak duduk sebilik dengan student medic UPM, lagipun bilik yg dia dapat tu jauh dari kami. takpe la, orang kata the more the merrier kan?
asalnya kami dapat bilik first floor tapi last week kat sana kena pindah bilik ground floor pulak! padahal pengurusan asrama sendiri kata kami boleh stay sampai habis practical kat bilik asal. malas nak banyak hal, kami pindah je la. tapi serius, aku sangat susah nak adapt kat bilik baru tu. siap nangis bagai! mujur seminggu ja.
practical site
Unit Audiologi, Jabatan ORL, Hospital Serdang. kami bertiga second batch USM yg practical kat sini. sangat la gerun first day masuk tu. mana taknya, budak first batch cerita benda-benda yg tak best je. tambah-tambah dia cerita yg supervisor sangat garang! but it turned out to be pretty awesome to be an intern here! pn. S & pn A dua-dua pun sangat baik.
kat sini memang banyak beza dengan HUSM. klinik luas. bilik asing-asing. ada 4 bilik testing - bilik adult, peads, aural rehab & electrophysiology. testing wise pun beza jugak. banyak la benda baru belajar sampai rasa kekok nak start klinik kat HUSM selasa ni.
leisure hujung minggu
2 tempat je yg sempat & mampu singgah - midvalley & the mines. pergi mid haritu pun sebab jumaat minggu tu habis klinik awal. masa tu budak-budak first batch ada lagi, seronok la jalan ramai-ramai. tinggal bertiga pergi mines je la. sempat jugak la tengok movie - the purge kat mines.
seminggu sebelum habis practical, acik datang serdang. jumpa kat mines. bukan buat apa pun - makan, sembang-sembang & pusing mines tu je. tapi puas hati jugak la dapat jumpa adik kan. :)
masa internship memang banyak enjoy. sekarang dah start sem baru (padahal lewat seminggu dari orang lain) kena tukar mode study & research. ganbatte! moga Allah permudahkan, amiin~
No comments:
Post a Comment