22 February 2014

dua-puluh-tiga

setelah seminggu berusia 23 tahun, baru teringin nak tulis kat sini.

hari ke-15 bulan februari yg lepas, mungkin adalah hari terakhir aku dengar taylor swift's 22. since i'm no longer 22 on the 16th. haha.

tak ramai yg wish utk yg ke-23 ni. bagus jugak, sebab kalau dapat banyak sangat wish jadi tak tahu nak respon macam mana lagi dah. dalam FB sengaja aku private-kan birthday, kononnya nak tengok siapa-siapa ja yg betul-betul ingat tarikh tu. poyo kan!

rasanya, yg ke-23 ni yg paling mengingatkan--

aku makin dekat dgn MATI.

22 tahun dah aku kumpul dosa
22 tahun tu pahala banyak mana?
hari-hari yg ada ni sempat lagi tak nak tanam benih utk akhirat?

TT.TT

moga bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amal.

oh ya, utk yg ke-23 ni aku harap--

aku, the one who decides
positive walau negative.

8 November 2013

ini semua kerana HLOVATE!

bukak tumblr. scroll, scroll, scroll -- hlovate. scroll, scroll lagi -- hlovate lagi. apakah? agaknya badi hlovate tak, lepas aku menghabiskan 5 tahun 5 bulan? heh.

sebenarnya aku tak berapa sihat ni -- demam lepas kena hujan 2 hari lepas. sadisnya lagi bila demam-demam cenggini kena balik uni dah. tak dapat nak bermanja dengan mak di kala demam. bila dah jauh & tak dapat merasa layanan istimewa ni, nak cepat sihat je la. untung jugak aku khatamkan 5 tahun 5 bulan tu. gunapakai la tips si Jo masa nak sihatkan Along. alhamdulillah, dah ok sikit rasa badan ni. :)

ehem. dalam demam-demam ni pun, sempat lagi aku tidur-mimpi -- mimpi yg tak masuk akal pulak tu! ada ke patut mimpi pasal co-researcher aku. yg mengarutnya mimpi aku tu kata beliau ex-Saujana! erkk! mentang-mentang pernah lecture sekali dengan the real ex-Saujana -- Dr. Faizul, nak lagi! penangan demam. heh.

dan ya, aku sangat-sangat mahu dapatkan Anthem - Hlovate!

29 September 2013

fourth year!


bismillah. moga dipermudah segalanya.

mari mencipta kenangan utk tahun akhir di bumi USMKK. :)

15 September 2013

internship

done my internship selama sebulan! alhamdulillah. :) kembali ke kelantan for another 1 year to go. yosh! so here are some random things sekitar internship to be kept as memories of days in my life.

tempat tinggal sepanjang internship

kolej 17, UPM. ini first time aku sampai uni lain. selama ni terperuk kat USMKK je. heh. kat sini macam apartment, 1 rumah ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. aku sebilik dengan E tapi memandangkan kami bertiga, I terpaksa join sebilik dengan kami. pasal dia tak nak duduk sebilik dengan student medic UPM, lagipun bilik yg dia dapat tu jauh dari kami. takpe la, orang kata the more the merrier kan?

asalnya kami dapat bilik first floor tapi last week kat sana kena pindah bilik ground floor pulak! padahal pengurusan asrama sendiri kata kami boleh stay sampai habis practical kat bilik asal. malas nak banyak hal, kami pindah je la. tapi serius, aku sangat susah nak adapt kat bilik baru tu. siap nangis bagai! mujur seminggu ja.

practical site

Unit Audiologi, Jabatan ORL, Hospital Serdang. kami bertiga second batch USM yg practical kat sini. sangat la gerun first day masuk tu. mana taknya, budak first batch cerita benda-benda yg tak best je. tambah-tambah dia cerita yg supervisor sangat garang! but it turned out to be pretty awesome to be an intern here! pn. S & pn A dua-dua pun sangat baik.

kat sini memang banyak beza dengan HUSM. klinik luas. bilik asing-asing. ada 4 bilik testing - bilik adult, peads, aural rehab & electrophysiology. testing wise pun beza jugak. banyak la benda baru belajar sampai rasa kekok nak start klinik kat HUSM selasa ni.

leisure hujung minggu

2 tempat je yg sempat & mampu singgah - midvalley & the mines. pergi mid haritu pun sebab jumaat minggu tu habis klinik awal. masa tu budak-budak first batch ada lagi, seronok la jalan ramai-ramai. tinggal bertiga pergi mines je la. sempat jugak la tengok movie - the purge kat mines.

seminggu sebelum habis practical, acik datang serdang. jumpa kat mines. bukan buat apa pun - makan, sembang-sembang & pusing mines tu je. tapi puas hati jugak la dapat jumpa adik kan. :)

masa internship memang banyak enjoy. sekarang dah start sem baru (padahal lewat seminggu dari orang lain) kena tukar mode study & research. ganbatte! moga Allah permudahkan, amiin~

13 July 2013

random #4

hujung bulan jun, lepas habis exam -- damansara

attending one hearing & speech company punya training & sony products launching. everything is sponsored -- except dinner. transport -- bas USM, penginapan -- hotel royal bintang damansara, recreation -- ice skating kat hotel royal bintang. memang agak mewah kan, for a new company. & of cause kami yg dahagakan ilmu ni *bak kata Dr. N* sangat enjoy sepanjang kat sana. thank you one hearing & speech. lain kali boleh invite kami lagi! :)

now -- USM

will be attending holiday intensive program for 2 weeks! tapi balik sini seminggu awal dr yg dirancang, pasal ada dental appointment. so, i'll be fasting here for 3 weeks!! tahun lepas sebulan penuh puasa kat rumah -- dengan mak & dada. tapi tahun ni.. :( oh ya, harini dah dapat jadual utk 2 minggu ni. boleh tahan jugaklah -- every morning will be lectures!! takpe lah, kata nak belajar kan? & as soon as the class starts, hari-hari utk balik rumah pun akan berkurang. tak sabarnya nak balik rumah -- puasa dengan mak & dada, since acik puasa kat poli. looking forward to it!! ^ ^